Friday, September 4, 2009

sunyi, kosong, infiniti

 
Selepas 2 Sept lalu, tiada lagi routine harian bergegas membeli 15 biji Inn tepung pelita di pasar ramadhan seksyen 19, tiada lagi routine harian DH bakar ikan senangin dan siakap balut daun pisang dan foil untuk berbuka puasa, tiada lagi pekik sorak sebab menang chess game lawan DH, tiada lagi challenge pakar bahasa game upwords, tiada lagi supper di Khulafa, tiada lagi jalan-jalan cari makan, tiada lagi manis bicara mohon berdating, tiada lagi gurau dan sakat, tiada lagi jerit kegelian kena tickle, tiada lagi masakan pelbagai mak untuk cucu yang kuat makan, tiada lagi gaduh dan tangis aina, tiada lagi rajuk dan tunjuk perasaan, tiada lagi tukang bukak gate bila balik kerja, tiada lagi supir paksarela nak ke mana-mana, tiada lagi kawan setia tolak troli ke pasaraya dan tukang angkut barang pasar, tiada lagi keluh kalah main internet game, tiada lagi jalan-jalan hujung minggu cari game dan gadget, tiada lagi nyanyi bersama lagu-lagu di youtube, tiada lagi pelukan manja dan soalan berulang  "mama sayang aiman tak?"...

Bilik study yang jadi 'gua aiman' selama 4 bulan bercuti dah diconvert semula kepada bilik study. Rumah kecil ini tiba-tiba jadi semakin besar.... I am trying to cope with this loneliness.... solat dan doa akan jadi semakin panjang, computer akan terpasang 24 jam, kerja akan jadi sibuk giler, handphone akan sentiasa bersama hingga dibawa tidur sebelah pillow, bill telefon akan melambung, skype akan jadi routine di hujung minggu, hari-hari soalan ini akan ditanya by if not me DH atau mak "hari ni aiman ada sms? hari ni ada call aiman?".... dan rindu akan jadi tidak terhingga....

No comments:

Post a Comment