Sunday, August 23, 2009

bicara tentang mahasiswa lagi

Setiap kali  jumpa dekwan mesti lama bercerita berkisar dunia gerakan mahasiswa. Malam  ni topiknye menyelusuri kelesuan kepemimpinan mahasiswa. Perjuangan mahasiswa di UPM sudah agak jauh matangnya dipimpin oleh Shamsul Salleh, YDP MPP merangkap ketua YDP MPP seMalaysia. Baru-baru ni Shamsul dianugerahi pemidato terbaik lambang pemikiran kemahasiswaan yang kritis dan analitikal dan dengarnya beliau menjadi kesayangan Datuk Saifuddin Abdullah.

Saifuddin suatu masa dahulu merupakan aktivis gerakan mahasiswa UM dan pernah mengajar di YAA. Berbunga  hati ingin menjemput beliau untuk menyampaikan idealism beliau sebagai timb menteri di suatu forum yang sesuai sambil bercerita pengalaman beliau menggerakkan PMUM/PMIUM dulu kepada pemimpin mahasiswa di sini. Ya, tentunya  DMN akan tolong.

Perbincangan malam ni banyak menyentuh peranan untuk menggerakkan kepemimpinan mahasiswa. Agar pimpinan mahasiswa tidak terasa dipaksa dalam melaksanakan program-program universiti. Dekwan ada kredibiliti dan pakej untuk berkongsi hingga ke lubuk permasalahan ini kerana beliau mahasiswa psikologi, pemimpin mahasiswa, mengenali peribadi ini dan banyak pengalaman berkaitan. Bicara malam ini diconclude dengan kesungguhan ini harus diteruskan dan dengan kaedah yang lebih memujuk dan bersifat fasilitasi. Semoga Allah memberi kekuatan dan hidayah. Amin.

No comments:

Post a Comment