Thursday, December 11, 2008

At Work - My New Year Hope

Tahun 2008 semakin hampir meninggalkan kita. Kita telah menambah pengalaman dan pengetahuan lagi secara lebih menyeluruh dan pelbagai mencakupi pengiklanan, pameran, perhubungan institusi, khidmat pelanggan, pelbagai kultur, proses kemasukan pelajar domestik dan antara bangsa, polisi KPT, prosedur imigresen, nilai taraf sijil negara luar dan sebagainya. Intensive multi-tasking yang telah dilaksanakan selama ini membentuk kita sebagai ahli pemasaran yang lebih universal dan efektif kepada audien UNISEL yang bangsa dan tingkatnya juga berpelbagaian. Budaya multi-tasking juga dijulang ketika berhadapan dengan pelbagai cabaran ‘limited resources’.

Tahun 2009 mendatangi kita dalam beberapa hari saja lagi. AMISO harus mencetuskan anjakan paradigma agar lebih berkesan membantu mengenengahkan UNISEL menghadapi keberdayasaingan institusi-institusi pengajian tinggi swasta lain dewasa ini. Justru itu tugas dan tanggungjawab setiap ahli pemasaran dijangkakan akan semakin mencabar dan ruwet. AMISO mesti memfokus kepada a) teknologi dan sistem memproses permohonan kemasukan yang lebih laju, mudah, automated dan berkesan; b) managing perception melalui rebranding of UNISEL's image; c) ‘zero defect’ kemasukan pelajar antara bangsa; d) khidmat menggirangkan pelanggan UNISEL ; dan e) sokongan pemasaran dan pengurusan data secara lebih menyeluruh dan kemaskini; di samping tugas-tugas rutin dan wajib pemasaran yang lain.

Bagi merealisasikan ketiga-tiganya AMISO kini memasuki fasa tugasan secara lebih mengkhusus bidang. Keputusan pengkhususan bidang juga telah diperdebatkan dan dipersetujui secara majoriti melalui mesyuarat jabatan pada November 2008 yang lalu. Melalui specialization, setiap ahli pemasaran dituntut supaya fokus dan accountable dalam bidang tugasan masing-masing. Ia juga telah sebaik mungkin mengambilkira maklumbalas soal selidik kecenderungan/minat tugasan yang telah diedarkan. Namun begitu padanan kekuatan tertentu dan kecekapan individu ahli pemasaran dengan keperluan menjayakan misi bidang tugas tertentu adalah lebih diutamakan. Setiap ahli pemasaran mesti bersiap-siaga, merancang dan melaksanakan pelan aktiviti yang rapi bagi menjayakan bidang tugas masing-masing. Saya akan sentiasa berusaha membantu setiap ahli berada di landasannya dan berlari laju untuk ke garisan penamat.

Di samping disiplin diri, semangat berpasukan dan 4Cs (cooperation; commitment; competency; chemistry) harus dipupuk kerana ia merupakan resipi kejayaan selama ini. Sikap toleransi, sopan-santun dan saling hormat-menghormati mesti diamalkan bagi menjaga keharmonian dan perpaduan sesama ahli dalam AMISO dan inter-jabatan. Sayugia diingatkan bahwa kedangkalan pemikiran dan ketidakjujuran boleh mencetus pergolakan, perkauman dan permusuhan yang hanya mengundang kerugian.

Maafkan saya sekiranya dalam pengstrukturan semula jabatan ini ada ahli yang tidak begitu berpuashati dengan bidang tugas yang dikhususkan kepadanya. Namun saya percaya dengan kefahaman, sikap positif dan minda terbuka segalanya ‘alah bisa tegal biasa’. Mudah-mudahan ‘managing change’ yang dipelajari dalam kursus ‘A Winning Team’ tidak lama dulu dihayati kembali. Dengan sokongan ketua-ketua unit dan staf AMISO, marilah kita semua berganding dengan pihak pengurusan, semua fakulti dan jabatan melonjakkan UNISEL sebagai mercusuar pendidikan di Malaysia dan rantau ini.

Akhir sekali Selamat Tahun Baru 2009!

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment