Syukur alhamdulillah tahun ini dapat menunaikan solat sunat hari raya di Masjid Ubudiyah Seksyen 19 dengan mak dan DH. Bacaan imam pun sedap dan berlagu masyaallah kalau tahu makna bacaannya pasti akan lebih menusuk kalbu lagi. Aina tidur di rumah abah di PJ malam tadi. Katanya "nak ikut makteh beraya sebab mama tak raye sebab along jauh". "Sorry darling tapi mama pun rasa aina akan lebih seronok kat rumah nenek PJ sebab ramai cousin brothers and sisters dan echah. "
Pulang dari solat, dapat pula skype lagi dengan sweet prince. He sounded cheerful and I felt so bahagia.. Di sana malam raya - baru lepas makan 'besar' dengan rakan-rakan serumahnya dengan pelbagai juadah yang dibawa oleh seorang yang dipanggil pakdin oleh students malaysia di sana. Pakdin ni seorang malaysian prihatin, bertugas di Toronto dan ini tahun kedua beliau 'belanja' students malaysia di sana. Malam tadi sebelum takbir meamor dapat video called dengan hampir semua orang including DH, aunties dan cousinsnya. Pagi ni pulak dengan nenexnya.
Lepas maghrib malam tadi (malam raya) seorang sahabat prof called dari makkah. Rindu sangat padanya sebab dah lama tak jumpa dan pemergiannya ke tanah suci mengerjakan umrah tanpa sempat berhantar dan berpesan. Beliau bukan saja seorang sahabat tapi dah macam kakak kandung yang sempurna whom I have never had. I felt so touched when she said she prayed in front of kaabah for me and hope to see a 'better' me. Amin.
Allahuakbar indahnya kebesaran Ilahi.
Assalamou Aleykoum,
ReplyDeleteI was browsing the internet looking for calligraphy of alhamdulillah, and I found this one very beautiful. What's on the left side of the pic? can I use this pic? thank you
your brother Tarik from Morocco