Baru je balik dari "relationship marketing" di satu negeri di utara Semenanjung. Dalam perjalanan sempat singgah di Masjid Ubudiyah, Istana Lama dan Istana Bukit Chandan. Di mata hati cuba juga membayangkan beberapa bab dalam drama 'rampasan kuasa' di Perak. Dan entah kenapa terasa sayu juga hati ini. Bumi ini tidak setenang dulu.
Beberapa insitusi telah dilawati di negeri destinasi. Kenangan indah adalah di kala berjumpa dengan rektor daripada sebuah IPTS di sana. Kalaulah diri ini pemastautin Kedah, sudah pasti kutawar diri untuk berbakti di institusi tersebut. Kenangan terindah adalah bertemu dengan menteri besarnya. Humble and charismatic.
Siri lawatan tersebut mengimbau kenangan sewaktu kecil bermain-main di batas padi di sana. Walau sawah padinya tak sebening dulu, namun budi bahasa orang-orang di sana tetap macam dulu. Itulah perbezaan ketara orang di utara dengan yang di sini. Terima kasih kerana menyambut baik kedatangan kami. InsyaAllah, semoga di lain kali kita akan berjumpa lagi.
Selasa tepat jam 12 malam tiba di rumah. Kemudian esoknya sudah berada di pejabat. Selepas 4 hari meninggalkannya, kini terasa ianya juga tidak setenang dulu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment